Resepi Air Jagung Kaw, Minum Segelas ‘Confirm’ Ketagih
Setiap kali bulan puasa, tak sah rasanya kalau tak singgah ke bazar Ramadan. Selain makanan kegemaran, antara yang paling dicari adalah minuman yang dijual.
Selalunya air yang popular atau yang tengah menjadi trend masa kini pasti menjadi pilihan ramai antaranya air jagung. Lagi-lagi, kalau warna air jagung yang dijual itu pekat, pasti ramai yang akan membeli dan cepat habis.
BACA: Tak Cukup Bom Palestin, Israel Halang Penduduk Solat Tarawih
Lepas ni tak perlu risau jika air jagung kegemaran anda habis dijual kerana anda boleh buat sendiri minuman tersebut dirumah. Resepi yang dikongsikan oleh Amir Zarith ini memang boleh buatkan anda ketagih untuk minum dan minum lagi.
Bahan-bahan:
1 botol Kordial jagung
1 tin Susu cair
1 tin Susu pekat manis
Esen vanilla
Gula (ikut citarasa)
Garam (garam secubit)
2 tin Jagung manis dalam tin (jangan blend) biar macam tu je.
Air ikut sukatan sendiri…oopps lupa plak…letak la 2-3 titik sirap merah untuk nampak air jagung tu macam warna air carrot.
Cara membuatnya:
1. Masak atas dapur semua bahan-bahan sampai mendidih, lepas tu angkat kemudian letakkan ais dan boleh diminum.
Dia punya rasa tu sampai tak boleh tidur malam katanya. Bila dah pekena satu cawan mesti tak cukup. Selamat mencuba!
ARTIKEL BERKAITAN:
Dah Kenapa Jual Ayam 30 Sen Seekor?
Ayam Goreng Samyang Pedas Meletup, Guna Sos Dominos Je!
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Lubuk Nasi Ngidey Resepi 4 Generasi
- SUMBER
- Facebook Sirap Laici