Bagi peminat Milo, anda mesti cuba resepi apam Milo viral ini. Bukan saja rasanya yang sedap, cara untuk membuatnya juga sangat mudah. Paling penting dengan hanya menggunakan 4 bahan sahaja dah boleh buat apam sedap.

Resepi yang dikongsikan oleh Fatihatul Hakimah ini memang mudah je nak sediakan. Kukus selama 20 minit dah siap. Menariknya, percubaan kali pertama wanita ini sememangnya menjadi.

BACA: Jom Cuba Buat Apam Balik Red Velvet!

Bahan-bahan:

6 biji Telur
2 cawan Tepung gandum
2 cawan Gula pasir (kurangkan kalau tak suka manis)
1/2 cawan Milo

Cara membuatnya:

1. Pukul telur dan gula sampai berbuih/putih/kembang. Guna blander pun boleh

2. Masukkan tepung gandum, kacau lagi sampai sebati

3. Adunan tadi bahagi kepada dua bekas,satu bekas biar kosong atau boleh letak pewarna lain, dan satu bekas lagi letak milo dan kacau hingga sebati.

4. Tuang selang seli dalam loyang kalau nak nampak menarik, loret guna lidi atau garfu untuk nampak berbunga-bunga.

5. Kukus 20 minit (air kukusan mesti dah mendidih dulu).

Menurut Fathihatul, pada awalnya dia mahu membuat kek pelangi tetapi disebabkan tidak cukup bahan maka terjadilah apam milo yang lebih senang untuk dibuat. Selamat mencuba!

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Ini Lubuk Orang Pantai Timur Pekena Air Asam Perut