Setiap kali ke pasar malam tak sah rasanya kalau tak beli ayam gunting. Memang sedap kalau dapat makan ayam guting panas-panas. Tapi kalau nak beli setiap minggu memang rabak poket.

Sebenarnya anda boleh buat sendiri sahaja ayam dirumah dengan serbuk tabur yang sedap sekali. Resepi dikongsikan oleh Are Peace, menurut lelaki ini resepi tersebut diberikan oleh peniaga ayam gunting sendiri. Paling penting, turut dikongsikan resepi rahsia serbuk tabur sedap.

BACA: “Dulu RM5, Sekarang RM7 Ayam Tak Besar Tepung Je Lebih”

Resepi ayam gunting

Bahan-bahan:

Isi ayam potong nipis-nipis
1 kotak tepung goreng ayam yang kecil
1 1/2 cawan serbuk roti
Telur

Cara membuatnya:

1. Campurkan tepung dengan serbuk roti, kemudian masukkan ayam dan gaul sekata.

2. Celup ayam ke dalam telur kemudian masukan kembali ke dalam tepung tadi dan goreng. (Buat sekeping-sekeping, jangan masukkan semua ayam dalam tepung)

3. Angkat dan toskan.

Serbuk ayam gunting

Bahan-bahan:

1 kiub ayam
2 sudu besar serbuk paprika
Twisties separuh sahaja guna dari 1 pax tu
1/2 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu besar gula

Cara membuatnya:

1. Kisar semua bahan-bahan di atas dan taburkan pada ayam gunting yang kita buat tadi.

Mudah saja cara untuk buat ayam gunting. Lepas ni boleh la buat tiap-tiap minggu. Kalau ada keluarga besar memang untuk sangat kalau buat sendiri dan lebih jimat. Selamat mencuba!

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Meletop Perut Makan Burger Tsunami & Western Talam?