Resepi Ayam Spicy Korean Hanis Zalikha Viral!
Sekarang ni rakyat Malaysia sangat menggemari makanan Korea lebih-lebih lagi hidangan ayam goreng pedas yang boleh membuatkan mereka ‘ketagih’ untuk makan lepas mencubanya sekali.
Banyak restoran ala Korea menjual pelbagai jenis hidangan ayam goreng dan anda harus sabar menunggu kerana biasanya anda harus beratur panjang untuk merasai ayam goreng ala Korea tersebut.
BACA: Jimat Betul Bila Ada Resepi Pes Tom Yam Ini
Selebriti wanita terkenal, Hanis Zalikha, 27 tahun, berkongsi resepi ayam goreng pedas ala Korea dan yang penting, anda tak perlu beratur panjang lagi untuk makan ayam goreng pedas tersebut.
Hanis memuatnaik video mengenai bahan dan cara untuk membuat ayam goreng pedas ala Korea yang diberi nama ‘Spicy Korean Keknis Ciken’.
Bahan-bahan
Perapan:
Ayam yang telah dibasuh bersih
Sedikit halia
Sedikit garam
Sedikit lada hitam
Salutan:
Tepung Gandum
Sos:
2 sudu kecil madu
2 cawan kicap soya
4 sudu besar gula perang
2 sudu besar serbuk cili
Cili kering
Bawang putih
Bijan
Kacang
Cara-cara
– Basuh ayam sehingga bersih dan toskan hingga ayam tidak terlalu basah.
– Perap ayam dengan halia, garam dan lada hitam selama lima minit.
– Salut ayam dengan tepung gandum.
– Goreng ayam hingga garing.
– Campurkan semua bahan untuk sos ke dalam kuali dan kacau bersama ayam goreng hingga rata.
– Tabur bijan dan kacang.
– Siap!
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Vitdaily Terjah Johara Pagi Era
- SUMBER
- FB HANIS ZALIKHA