Sempena Hari Raya Aidiladha yang baru berlalu, ramai yang mencuba pelbagai resepi untuk memasak dagin korban yang diterima. Ada juga yang buntu kerana tidak tahu masakan apa yang sesuai dimasak bagi daging korban.

Seorang lelaki tidak menyangka hidangan masakannya mendapat perhatian ramai lalu dia berkongsi resepi hidangan tempatan yang popular di kampungnya itu.

BACA: Ini Cara Masak Maggi Bila Putus Cinta

Khairul Hakimin Muhammad, terkejut apabila orang ramai meminta resepi hidangan daging masak tempoyak daripadanya namun dia tetap memberi respon terhadap permintaan mereka dengan berkongsi cara memasak hidangan yang berasal dari Kampung Relong, Kuala Lipis, Pahang.

Bahan-bahan

2kg daging kerbau / lembu
2 senduk tempoyak
Segenggam cili padi
3 ikat daun kesum
5 inci kunyit hidup
10 keping asam keping
Sedikit air
Garam dan gula

Cuci daging:
2 senduk tepung gandum
5 keping asam keping
Sedikit air

Cara-cara

– Bilas daging dengan air kemudian masukkan tepung dan asam keping.

– Biarkan selama 20 minit kemudian bila hingga bersih dan toskan.

– Tos daging hingga betul-betul kering.

– Masukkan daging ke dalam pressure cooker bersama asam keping dan 1 cawan air.

– Set kan masa kepada 40 minit supaya daging empuk dan lembut.

– Tumbuk cili padi dengan kunyit hidup.

– Apabila daging empuk, tukar mode periuk kepada stir fry kemudian masukkan bahan tumbuk tadi.

– Kemudian, masukkan tempoyak. Gaul sebati.

– Masukkan secawan air, gula dan garam.

– Setelah mendidih, masukkan daun kesum.

– Biarkan hingga ia mendidih sekali lagi dan siap!

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Pekena Pais Patin dan Patin Tempoyak Claypot Sampai Licin!