Kek batik biasanya dijadikan pencuci mulut selepas makan, makan petang, sambutan hari jadi dan banyak lagi.

Kini, terdapat satu resepi mudah dan cepat kiriman seorang pengguna laman sosial Facebook yang anda boleh cuba di rumah.

BACA: Jual Kek Batik Dapat RM10,000 Sebulan

Nampak menarik dan untuk pengetahuan anda, resepi kek batik jejari ini hanya menggunakan tiga bahan sahaja. Senangnya!

Bahan-bahan

1 paket biskut jejari (terpulang)
275ml whipping cream
500gram Tropica Dark Chocolate

Cara-cara

– Cairkan coklat dan whipping cream menggunakan kaedah double boil.

– Sediakan loyang dan lapik dengan aluminium foil dan susun biskut jejari dalam loyang.

– Tuang coklat ke atas biskut jejari tersebut.

– Kemudian, letak satu lagi lapisan biskut jejari di atas lapisan coklat tadi.

– Letak dalam peti sejuk selama 20 minit.

– Tuang lapisan coklat terakhir di atas biskut jejari tadi dan sejukkan semula selama 2 hingga 3 jam.

– Potong kecil dan sedia untuk dihidang. Selamat mencuba!

ARTIKEL BERKAITAN:
Mudahnya Buat Kek Milo Ni!
Kisah Kek Kotak Rokok & Kubur Untuk Suami

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram