Jika anda pernah ke pulau Langkawi pasti anda pernah terbaca atau tahu mengenai beronok. Kerabu beronok merupakan hidangan istimewa di sana kerana beronok mudah didapati di kawasan tepi pantai.

BACA: 2 Resepi Ringkas Kuih Raya Daripada Ikea Untuk Anda

Beronok dikatakan sejenis spesies gamat yang boleh dimakan mentah tanpa perlu dimasak. Bagi anda yang tidak tahu bagaimana cara-cara untuk membuat kerabu beronok, anda boleh ikuti cara yang bakal kami kongsikan ini.

Bahan-bahan

– Beronok
– Buah mangga / daun selom
– Bawang merah besar @ kecil
– Beras yang disangai dan dikisar
– Garam
– Gula
– Kerisik
– Air asam jawa
– Cili besar / padi yang dikisar
– Kelapa parut
– Belacan

Cara-cara

1. Potong, hiris dan kisar bahan-bahan selain beronok kemudian asingkan.

Sumber dari facebook.com

2. Cuci beronok sebelum dibelah. Belah tengah dan buang lumpur dalam badannya.

Sumber dari facebook.com

3. Inilah rupa beronok setelah dibelah. Ia akan menjadi sedikit keras.

Sumber dari facebook.com

4. Cuci bersih lagi sekali bersama air asam atau limau. Pastikan semua lumpur dibersihkan.

Sumber dari facebook.com

5. Potong beronok sehingga menjadi halus dan mudah untuk dimakan.
6. Campurkan semua bahan yang telah siap dipotong, hiris dan kisar tadi bersama beronok yang siap dipotong halus.

Sumber dari facebook.com

7. Gaul sebati sehingga semua kerabu sebati dengan beronok. Selamat mencuba!

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Horlicks Susu Kurma Memang Padu!!!