Selalunya bila teringin nak makan tom yam, sudah pasti restoran Thailand atau tukang masak dari negara seberang itu yang menjadi pilihan. Rasa tom yam dari Thailand memang lain dari yang lain dan tak sama dengan cara yang kita selalu masak.

Bila buat sendir dekat rumah, memang tak sama macam dekat kedai. Sebenarnya ada rahsia untuk dapatkan rasa tom yam pedas, masam dan pekat. Dikongsikan oleh Dina Amalia Nordin, resepi tom yam ini menggunakan pes dari Thailand. Patutlah sedap! Lepas ni boleh la buat tom yam ala Thai di rumah.

BACA: Niat Nak Makan Maggi Tomyam, Tak Sangka RM120 Melayang

Paling penting, pes tom yam dari Thailand ini adalah halal. Selalunya peniaga akan ambil stok di Siam dan negeri yang dekat dengan sempadan mudah nak dapat pes tom yam tersebut.

Bahan-bahan:

Bawang besar belah 4
Cili api (ketuk)
Daun ketumbar @ corriander leaves
Daun limau purut
Serai (diketuk)
Air asam jawa @ pes asam jawa
Cili boh @ cili kisar
Pes tomyam “madam pum” sebab brand ini ternyata sedap!
Ayam/daging/udang/sotong
Lobak
Kobis bunga
Baby corn
Daun saderi
Tomato belah 4
Cendawan

Cara membuatnya:

Cara-cara ;• masukkan air, bawang besar belah 4, cili api – didihkan.• masukkan cili boh @ cili kisar – tunggu didih.• masukkan pes tomyam (pes ni kalo kedekut pun nnt tak rasa, mula la komplen knape eh tomyam kite tak sedap? Pukkk kanggg!).• masukkan ayam – tunggu didih nak bg ayam empuk sikit.• masukkan serai yg diketuk.• masukkan daun limau purut.• masukkan carrot.• masukkan pes asam jawa adabi.** time ni boleh rasa dulu masam dan masin dia semua **• masukkan garam.• masukkan sayuran lain (baby corn + cauliflower + celery).• masukkan cendawan (button mushroom + straw mushroom + oyster mushroom + enoki mushroom) – tunggu didih.• masukkan tomato – kacau sekejap.• tutup api. • masukkan corriander leaves @ daun ketumbar.Siap! Favorite saya ratah @ buat kuey teow tomyam @ spaghetti tomyam.Mabeles!!Tips :~ saya masak tomyam tak pernah tumis. Sbb kat pes dah berminyak, kat ayam pon sama. So lebur jek semua 😊~ saya masukkan cili boh @ cili kisar untuk dptkan warna merah cantik, pedas.~ instead of perahan limau, saya guna asam jawa sbb lebih sedap, lebih masam dan lebih pekat.~ kalau ada daging, bole masukkan awal. Kalau udang/sotong, masukkan kemudian bersama sayur sbb udang/sotong cpt masak.~ sayuran keras spt carrot perlu masukkan lebih awal berbanding sayuran lain.~ buah tomato masukkan yg last dan tak perlu lama sbb dia cpt lembik.

Posted by Dina Amalia Nordin on Rabu, 16 Ogos 2017

1. Masukkan air, bawang besar belah 4, cili api, didihkan. Kemudian masukkan cili boh cili, tunggu didih. Masukkan pes tomyam (pes ni kalau kedekut pun nanti tak rasa, mula la komplen knape eh tomyam kite tak sedap)

2. Masukkan ayam dan tunggu didih nak bagi ayam empuk sikit. Selepas itu, masukkan serai yang diketuk, daun limau purut, carrot dan pes asam jawa adabi. Time ni boleh rasa dulu masam dan masin dia semua.

3. Masukkan garam. Masukkan sayuran lain (baby corn + cauliflower + celery). Masukkan cendawan (button mushroom + straw mushroom + oyster mushroom + enoki mushroom) dan tunggu mendidih. Masukkan tomato dan kacau sekejap.

4. Kemudian tutup api dan akhir sekali masukkan corriander leaves @ daun ketumbar.

Saya masak tomyam tak pernah tumis. Sebab pes dah berminyak, kat ayam pon sama. So lebur je semua. Saya masukkan cili bohr untuk dapatkan warna merah cantik, pedas. Daripada guna perahan limau, saya guna asam jawa sebab lebih sedap, lebih masam dan lebih pekat.

Selamat Mencuba!

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Meletop Perut Makan Burger Tsunami & Western Talam?