Resepi Mudah Ayam Percik, Hanya Guna Periuk Nasi
Selalunya bila teringin nak makan ayam percik mesti akan cari di pasar malam. Tapi macam-mana pula bila terasa nak makan ayam percik, tapi pasar malam pula tak ada? Tak pasal-pasal kena tunggu minggu depan la jawabnya.
Apa kata anda buat sendiri ayam percik di rumah. Paling penting resepi yang akan dikongsikan oleh Zyan Raef ini memang mudah sangat untuk membuatnya dan hanya menggunakan periuk nasi atau rice cooker sahaja. Tak perlu risau jika ayam hangus diluar atau bahagian dalam tak masak.
BACA: Ayam Percik Abang Sado Laris Di Bazar Ramadan
Resepi Ayam Percik Rice cooker
Bahan-bahan:
Ayam (saya buat 2 peha)
Bahan Perap:
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
2 batang serai
2 sudu madu
Garam secukupnya
*Kisar semua sampai halus & perap ayam
Bahan Kuah:
1 pek santan pekat
5 ulas bawang merah
1 inci kunyit
1 inci halia
2 batang serai
5 tangkai cili kering (kalau nak pedas boleh tambah lagi)
Garam secukupnya
Gula – kena ada rasa manis
1 -2 keping asam keping – letak sekejap dan dikeluarkan takut terlebih masam
Cara membuatnya:
1. Kisar bahan perap sehingga halus dan perap pada ayam dalam 30 minit.
2. Saya masak ayam perap dalam rice cooker. Tekan suis macam masak nasi. Biarkan ayam masak dalam rice cooker sebab senang tak payah nak monitor sangat & ayam yang di masak pun juicy & sekata.
3. Bila ayam masak boleh la bakar sekejap nampak garing sedikit di bahagin luar dan siram dengan kuah percik. Siram 2-3 kali supaya garing & tebal salutan kuah tu. Baru sedap.
Cara masak kuah percik:
1. Kisar semua bahan kuah dan masakkan di atas dapur bersama santan dengan api perlahan sambil terus dikacau.
3. Masak sehingga kuah pekat. Kemudian, masukkan asam keping, garam dan gula secukupnya. Bolehlah diangkat.
Mudah sangat rupanya nak buat ayam percik sendiri dirumah. Tak perlu lagi beli diluar. Paling penting, selain dapat berjimat, apabila kita buat sendiri dirumah kebersihan makanan lebih terjamin.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Makan Kambing Golek & Beratus Hidangan Berbuka?
- SUMBER
- SirapLimau