Resepi Ringkas Donat Green Tea Anda Boleh Cuba
Donat merupakan makanan ringan pilihan orang ramai kerana ia mudah dibawa ke mana-mana dan boleh dimakan pada bila-bila masa kerana saiz donat yang kecil.
Pernahkah anda merasa donat perisa green tea? Jika belum, anda boleh cuba membuatnya sendiri menggunakan resepi di bawah. Ada yang kata resepi donat ini sama seperti donat green tea Big Apple. Belum cuba belum tahu kan?
BACA: Jom Cuba Buat Kastard Tiramisu Sejuk
Bahan-bahan
3 cawan tepung protein tinggi
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan susu tepung
1/2 cawan gula kastor
1 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil yis segera
1/8 cawan mentega
1/8 cawan marjerin
1 sudu besar liquid bread improver (jika tiada, gantikan dengan serbuk penaik lain)
Bahan cecair
1 biji telur
3/4 cawan air sejuk (gunakan air sejuk sepenuhnya)
80 gram krim putar
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil perisa mentega
Bahan topping
2 cawan gula halus
1 sudu kecil serbuk matcha green tea
1/4 cawan air masak
Cara-cara
– Campurkan semua bahan kering di dalam mangkuk pemukul. Pukul hingga rata kemudian masukkan bahan cecair ke dalam campuran bahan kering dan pukul dengan perlahan selama dua minit.
– Tukar pada kelajuan sederhana dan tambahkan bahan penaik, pukul lagi sehingga lima minit hingga adunan menjadi licin.
– Keluarkan adunan donat lalu biarkan ditutup untuk rehat hingga 30 minit.
– Ratakan adunan donat setebal 2cm dan taburkan sedikit tepung gandum di bawah dan permukaan adunan agar tidak lekat.
– Tutup dengan plastik dan rehatkan selama sejam.
– Buka plastik penutup, angkat adunan, dan kembalikan semula ke tempat asal.
– Gunakan acuan donat untuk menerap bentuk donat yang dikehendaki.
– Tabur sedikit tepung ke atas dulang dan susun adunan donat yang sudah dibentuk di atas dulang. Biarkan donut kembang hingga menjadi dua kali ganda.
– Goreng sehingga kuning keemasan menggunakan api sederhana.
– Untuk topping, campur gula halus, serbuk matcha green tea dan air masak. Pukul hingga sebati.
– Celupkan donat ke dalam cecair green tea.
– Siap! Selamat mencuba 🙂
ARTIKEL BERKAITAN:
Resepi Nasi Goreng Cili Kering Kegemaran Ramai
Jom Buat Putu Mayam Homemade
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Bingung Nak Pilih Makanan Di Tasik Raban
- SUMBER
- RILEKLAH