Resepi Sirap Bandung Soda ‘Power’ Untuk Rumah Terbuka
Hujung minggu ni mesti ramai yang akan buat rumah terbuka. Bila dah jemput orang ramai datang, mesti nak kena hidangkan air sedap-sedap.
Selalunya air sirap antara menu popular setiap kali hari raya. Tapi, apa kata kita ubah sedikit air sirap anda itu. Mana tahu kalau kita hidang air sirap takut-takut tetamu dah muak.
Tapi resipi yang nak dikongsikan kali ini bukan sirap bandung biasa je. Ini namanya sirap bandung soda power, Memang tak berhenti minum tetamu yang datang nanti.
Resipi Sirap Bandung Soda ‘Power ‘ini dikongsikan oleh Habibah Badar Bajrai menerusi Facebook. Bahannya simple saja dan cara untuk membuatnya pun tak susah.
Bahan-bahan:
1 botol ice cream soda 1.5 liter
Sirap ros
1 sudu teh essence vanilla
1 sudu besar susu pekat
1 tin susu cair
Ais
Cara membuatnya:
1. Hanya campurkan kesemua bahan ke dalam jug besar. Kemudian masukkan ais.
Tekak terasa rasa nak minum #sirap_bandung_soda. Dia punya terasa tu sampai tak leh tido malam tau. Tapi, kena yang buat…
Posted by Habibah Badar Bajrai on Sabtu, 28 Oktober 2017
Dah siap! Boleh la hidangkan pada tetamu. Dia punya rasa tu sampai tak boleh tidur malam katanya. Nampak macam air bandung biasa, tapi bila dah pekena satu cawan mesti tak cukup. Selamat mencuba!
ARTIKEL BERKAITAN:
Keretapi Paling Curam Telah Beroperasi
Mengajar Kelas Al-Quran Dalam Jet Mewah
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Pening Kepala Pekena Butter Beer?
- SUMBER
- Remaja