Kini negara Pakistan mempunyai restoran robot pertama di negara itu yang menggunakan khidmat robot sebagai pelayan kedai.

Idea itu secara tidak langsung menarik perhatian orang ramai untuk berkunjung ke restoran mereka dan alami sendiri pengalaman dilayan oleh pelayan robot.

BACA: Inilah Kisah Keluarga ‘Raja’ Burger Arab Saudi

Sumber dari beyonder.asia

Pemilik restoran Pizza.com, Osama Jafari berkata, dia sendiri yang mencipta prototaip robot selain mendapat bantuan daripada ibu bapanya.

Dia juga masih belajar di Universiti Kebangsaan Sains dan Teknologi Islamabad turut menambah, dia mengeluarkan modal sebanyak kira-kira 600,000 rupi atau RM24,350 untuk membuat robot-robot berkenaan.

Sumber dari sidomi.com

Hasilnya, dia mendapat sambutan hangat dari penduduk tempatan yang ingin mencuba makan di restoran yang menggunakan pelayan robot itu. Malah, ada yang menyifatkan penggunaan robot sebagai idea yang bijak.

Sumber dari bisnis.tempo.co

“Kami pergi ke banyak tempat tetapi bapa saudara saya mengesyorkan restoran ini kerana yakin ia paling menakjubkan. Saya gembira dilayan robot,” kata seorang pelanggan, Osama Ahmed, 12 tahun.

Nampaknya penggunaan robot di restoran semakin meluas di seluruh dunia. Diharapkan suatu hari nanti negara kita juga bakal mempunyai restoran robot pertama yang akan membanggakan rakyat Malaysia.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Apa Nama Aiskrim Rasa Lemon Tu & Kek Wajib Cuba?