Restoran Tambah Percuma Tolong Pelanggan Berjimat
Harga makanan pada zaman sekarang dikatakan semakin naik mendadak ekoran harga barang dapur yang semakin mahal. Jika anda seorang yang selalu makan di luar, anda pasti dapat membuat perbandingan antara harga makanan sekarang dan dahulu.
BACA: Kenapa 1,000 Orang Serbu Kedai Nasi Kukus Ini?
Sebuah restoran di Marang, Terengganu mengambil inisiatif bagi meringankan sedikit beban yang dialami oleh pelanggan mereka dengan memberi tambahan makanan percuma terhadap beberapa menu yang terpilih.
Pasangan suami isteri yang juga pemilik Restoran Tambah Percuma, Mohd Rizal Ghazali dan Saadiah Abdul Aziz berkata, mereka memutuskan untuk menggunakan kaedah sebegini bagi membantu pelanggan-pelanggan mereka mendapat lebih dari apa yang mereka bayar.
“Semua harga makanan saya cukup murah kerana saya ingin memenuhi keperluan rakyat yang cuba mengatasi masalah kenaikan kos sara hidup pada masa kini,” ujar Rizal.
“Tambahan makanan percuma dibuat untuk memastikan setiap nilai wang ringgit dibelanjakan di gerai saya masih berbaloi. Jika mereka mahu menambah makanan, mereka hanya perlu menyerahkan pinggan atau mangkuk kosong yang telah digunakan kepada pekerja kami,” tambahnya lagi.
Untuk pengetahuan anda, kebanyakan makanan yang ada di gerai restoran tersebut boleh ditambah secara percuma seperti pasembor, laksa Penang, cendol, nasi goreng ayam dan banyak lagi.
Malah, harga makanan dan minuman juga bermula serendah RM1 hingga RM10 satu hidangan. Apa yang penting, anda dapat menambah makanan atau minuman secara percuma untuk hidangan tertentu.
Semoga lebih ramai peniaga yang memahami pelanggan seperti pasangan suami isteri ini dan semoga mereka murah rezeki kerana membantu pelanggan-pelanggan mereka dengan meletakkan harga yang amat berpatutan.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Nyaris Kena Halau Di Tsukiji Market?
- SUMBER
- WORLD OF BUZZ