Restoran Terbuka Akan Jadi Kawasan Larangan Merokok
Berita baik bagi semua rakyat Malaysia yang mementingkan aspek gaya hidup sihat. Perkara yang sudah lama diperjuangakan oleh banyak pihak termasuk dari NGO dan juga rakyat Malaysia sendiri.
Hal ini bakal menjadi kenyataan bilamana inisiatif ini diberikan komitmen penuh oleh pihak kerajaan.
Maka tiada lagi pencemaran asap rokok yang sekian lama mengundang rasa tidak selesa kepada masyarakat. Restoran terbuka kini bukan lagi tempat merokok.
BACA: 95% Netizen Setuju Restoran Wajib Bebas Asap Rokok
Anda boleh didenda sehingga RM10,000 ringgit serta dua tahun penjara.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada 5 September lepas, Timbalan Menteri Kesihatan, Dr. Lee Boon Chye berkata, pihaknya masih dalam peringkat perbincangan dengan beberapa pihak berkepentingan berhubung cadangan berkenaan.
Katanya, langkah ini merupakan inisiatif kementerian bagi memperluaskan lagi kawasan larangan merokok di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) 2017.
“Pewartaan ini adalah komitmen Malaysia sebagai negara anggota kepada Konvensyen Rangka Kerja Kawalan Tembakau dan mematuhi panduan di bawah Artikel 8 Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Ia juga merupakan salah satu inisiatif kementerian untuk melindungi orang awam daripada bahaya asap rokok.
“Saya memohon sokongan anda semua. Jika peraturan ini tidak dipatuhi, mereka terbabit boleh didenda RM10,000 atau penjara tidak lebih dua tahun,” katanya sewaktu menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong bagi Kementerian Kesihatan dalam sidang Dewan Negara di sini kelmarin
Bilik merokok di Parlimen ditutup mulai Oktober ini
Tambah Boon Chye, selain restoran terbuka, pihaknya turut mencadangkan bilik merokok di Parlimen ditutup mulai Oktober ini bagi menjadikan keseluruhan kawasan berkenaan sebagai bebas merokok.
Katanya, cadangan ini akan dilaksanakan sekiranya tidak ada sebarang halangan.
Malah jelasnya, setakat ini di bawah Peraturan 11, Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) 2017, terdapat 23 tempat yang diwartakan sebagai kawasan larangan merokok termasuk pusat hiburan, teater (kecuali pub, disko, kelab malam dan kasino), dalam lif atau tandas awam, tempat makan berhawa dingin, dalam kenderaan awam atau hentian awam, lapangan terbang, kawasan premis kerajaan dan kawasan yang digunakan untuk apa-apa aktiviti perhimpunan.
Rakyat setuju larangan ini dikuatkuasakan
Rata-rata masyrakat setuju dengan penguatkusaan ini. Dalam satu undian yang telah dibuat oleh lama Facebook rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia 91% setuju dengan penguatkusaan ini.
Sebanyak 222 ribu undian telah diperoleh sejak dilancarkan semalam.
Sehingga 2018, terdapat lima negeri yang mewartakan peraturan itu dan kementerian komited mewartakan semua tempat awam sebagai kawasan larangan merokok.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram