Ribuan Pelajar Bantah Indonesia Haramkan Seks Luar Nikah
Baru-baru ini kerajaan Indonesia mengejutkan ramai apabila bakal mengkelaskan hubungan seks luar nikah sebagai satu jenayah.
Di bawah undang-undang itu, pasangan belum berkahwin yang tinggal bersama boleh dipenjara enam bulan atau didenda maksimum 10 juta rupiah (kira-kira RM3,000).
BACA: Pelancong Belum Kahwin Bersekedudukan Di Bali Bakal Dipenjara
Susulan undang-undang baharu itu, ribuan pelajar berhimpun membuat bantahan di seluruh Indonesia bagi menentang kod jenayah baru yang mengharamkan seks luar nikah dan seks gay.
Bantahan tercetus ketika ahli Parlimen bertemu dengan Presiden Joko Widodo bagi membincangkan mengenai rang undang-undang itu.
Jumaat lalu, Jokowi menundakan pengundian terhadap rang undang-undang itu yang sepatutnya diadakan Selasa ini. Beliau berkata, sebanyak 14 artikel memerlukan semakan lanjut sebelum dibahas pada penggal baru Parlimen bulan depan.
Dalam pada itu, pengkritik berkata, rang undang-undang itu bukan sahaja melanggar kebebasan bersuara, malah mendiskriminasikan kumpulan minoriti agama, wanita serta golongan LGBT.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
MyFirstTime: Jadi Ke Tidak Buat Blueberry Pie?
- SUMBER
- Harian Metro