Tikus mudah membiak jika persekitaran kotor terutama di premis kedai makan kerana sisa makanan yang ada boleh mengundang kehadiran tikus.

Pihak Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mengambil langkah bijak dengan membuat kempen menangkap tikus dan menawarkan habuan RM3 untuk seekor tikus yang ditangkap sekitar Petaling Jaya.

BACA: Makan Tikus Demi Awet Muda

Datuk Bandar, Datuk Mohd Azizi Mohd Zain, berkata ganjaran itu hanya untuk penduduk Petaling Jaya sahaja dan boleh dituntut daripada pegawai MBPJ di gelanggang bola keranjang SS2 di Jalan SS2/61 dari pukul 9 pagi hingga 11 pagi setiap hari.

Gambar sekadar hiasan

Menurutnya, kempen itu berlangsung hingga 7 Disember ini dan diharap dapat membantu mengurangkan populasi tikus serta membantu penduduk dan pemilik kedai memastikan premis mereka berada dalam keadaan bersih.

Gambar sekadar hiasan

Selain itu, 200 perangkap tikus turut diedarkan kepada pemilik kedai sekitar SS2 supaya memudahkan mereka untuk menangkap tikus di premis masing-masing.

Gambar sekadar hiasan

Untuk makluman anda, pihak MBPJ telah menerima 55 aduan dan 1,587 ekor telah ditangkap sepanjang tahun ini.

ARTIKEL BERKAITAN:
Buang Semua Makanan Gara-Gara Tikus
Gadis Ini Dikecam Gara-Gara Biawak

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Rambang Mata Tengok Sushi! (Kyoto)