RM30,000 Sehala, Orang Kelantan Paling Ramai Sewa Helikopter Balik Raya
Sempena sambutan Aidilfitri yang jatuh pada 5 Jun depan, sebanyak satu juta kenderaan dijangka akan memasuki negeri Kelantan untuk pulang berhari raya.
Umum mengetahui, ramai yang mengeluh setiap kali pulang berhari raya ke Kelantan, Sudahlah perlu menempuh perjalanan jauh ditambah pula dengan kesesakan lalu lintas menyebabkan orang ramai terpaksa berkampung di atas jalan.
BACA: “Dah Terlampau Kaya Ke, Beli Lemang Pun Naik Helikopter?”
Sehubungan itu, pemilik syarikat pengurusan, Hazmi Dimasyq Group, Hazmi Hanipa, menyediakan perkhidmatan helikopter dan jet peribadi buat mereka yang ingin pulang berhari raya tanpa perlu menempuh kesesakan lalu lintas.
Sudah beroperasi sejak tiga tahun lalu, ini merupakan tahun pertama syarikatnya menyediakan perkhidmatan sempena hari raya. Lebih 20 buah helikopter disediakan dan harga penerbangan ke Kelantan mencecah RM30,000 untuk sehala.
“Kita mendapat 11 permintaan yang mana paling tinggi adalah penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu. Penerbangan pertama bermula pada 3 Jun ini.
“Untuk Kelantan sahaja, kita ada empat penerbangan setakat ini. Kita menyediakan dua jenis helikopter iaitu muatan tiga dan enam penumpang.
“Untuk penerbangan enam penumpang, harganya mencecah RM17,000 untuk satu jam dan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu memakan masa tiga jam.”
Menurut Hazmi, dia tidak menyangka perkhidmatan ini mendapat permintaan tinggi terutamanya di kalangan ahli perniagaan. Melihatkan pada permintaan yang luar biasa, pihaknya akan meneruskan perkhidmatan ini setiap kali musim perayaan.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Restoran Tom Yam Paling Legend Di Ampang😱🔥
- SUMBER
- Sinar Harian