“RM937 Untuk 3 Biji Durian ‘Munasabah’” – KPDNHEP
Sebut saja buah durian, ramai yang gilakan raja buah ini. Rasa buahnya yang lemak manis, tiada siapa boleh tolak keenakan buah durian.
Pasti ramai tahu harga durian berbeza mengikut jenisnya. Sebagai contoh ‘Musang King’ dan ‘Black Thorn’ antara durian termahal sehingga boleh mencecah RM90 sekilo.
BACA: Cadbury Perkenal Coklat Perisa Durian Edisi Terhad
Baru-baru ini tular mengenai perkongsian seorang wanita di Facebook apabila dikenakan harga RM937 untuk tiga biji durian dimana 2 biji jenis ‘Black Thron’ dan sebiji lagi Musang King di sebuah gerai di Pulau Pinang.
Menerusi satu laporan. penjaja mendakwa wanita itu meminta “durian paling besar dan paling sedap”.
Perkara itu mendapat perhatian Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna mengatakan bayaran hampir RM1,000 untuk 3 biji durian itu adalah “munasabah”.
Timbalan Pengarah KPDNHEP di Pulau Pinang, Chin Ching Chung berkata, hasil siasatan mendapati tiada unsur-unsur pencatutan seperti yang diadu wanita itu.
Pihaknya juga sudah mendapatkan segala dokumen berkaitan seperti invois jualan dan belian daripada peniaga serta mendapati harga 3 biji durian itu munasabah.
Dalam pada itu, penjaja terbabit bagaimanapun dikenakan kompaun RM2,000 kerana mempamerkan tanda harga yang mengelirukan dalam tulisan Cina.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Nasi Kukus Kambing Bakar Setapak Yang Power 🔥
- SUMBER
- Free Malaysia Today