Selalunya ‘telur katak’ atau bubble tea ni hanya boleh didapati di dalam minuman sahaja. Pernah tak anda terfikir makan bubble tea bersama roti bakar?

Kedengaran agak pelik, tapi itu antara menu unik terbaru ‘Boba Tea Toast’ yang menjadi kegilaan di Singapura.

BACA: Nak Sedut Pearl, Tapi Tersedut Anak Cicak

Menu baru itu diperkenalkan sebuah kafe Bistro Benjamin Browns. Menurut pemilik restoran tersebut, idea tersebut diadaptasi dari menu makanan jalanan di Taiwan.

Bila anda lihat saja menu tersebut, dah boleh tahu rasanya macam-mana. Rasa sangup di luar namum kenyal di dalam.

Tapi di dalam roti tersebut turut ditambah sos istimewa antaranya perisa malt Ovaltine, bar coklat Crunchie dan Caramel Lotus.

Harga untuk setiap satu sandwich ‘telur katak’ ini berharga RM20. Memang nampak menyelerakan. Lebih-lebih lagi bila tengok ‘telur katak’ melimpah keluar dari roti.

ARTIKEL BERKAITAN:
Coca-Cola Bakal Perkenal Minuman Alkohol Tak Lama Lagi
Ketagih Minum Coke 40 Tin Sehari

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Sarapan Pagi Sate Daging Batang Pinang?