“Roti John Scam, Isi Halus, Tambah Ayat Leleh Terus Jadi RM7”
Setiap kali bulan puasa, tak lengkap rasanya jika tak singgah ke bazar Ramadan di kawasan berdekatan. Meskipun bermacam juadah berbuka yang dijual di bazar, tetapi sudah tentu roti john antara yang dicari ramai.’
Kalau ada peniaga yang jual roti john sedap, memang terpaksa beratur panjang. Bagaimanapun, baru-baru ini, tular satu perkongsian netizen yang mendakwa rata-rata peniaga roti john bagaikan ‘scammer’ menipu pelanggan.
BACA: Beli Kebab Daging Di Bazar Ramadan Tapi Tak Ada Daging
Menurut netizen tersebut, kebanyakn roti john yang dijual di bazar hanya roti campur telur, jika ada isi pun hanya halus-halus sahaja, kemudian ditambah sedikit sayur dan lambakan sos dan mayonis.
Katanya lagi, jika ditambah perkataan leleh terus roti john tersebut menjadi harga RM7.
Namun, netizen itu berkata perkongsiannya itu bukan untuk semua peniaga roti john tetapi untuk segelintir peniaga yang tamak kerana dia percaya masiha da peniaga diluar sana yang jujur dan ikhlas berniaga.
Perkongsian netizen itu mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna lain. Ada yang bersetuju dan ada yang tidak sependapat dengan perkongsian tersebut.
Tidak kurang juga ada yang memberi cadangan sebelum membeli lihat dulu cara peniaga tersebut membuat roti john terlebih dahulu. Jika isi sedikit, lebih baik jangan membeli.
Dalam pada itu, rata-rata netizen turut berkongsikan jualan bazar yang menjadi kegemaran mereka untuk dijadikan sebagai rujukan pada mereka yang ingin mendapatkan roti john sedap dengan isi padat.
Tu dia, netizen dah bagi senarai dekat mana anda boleh dapatkan roti john sedap dengan isi melimpah. Apa pun diharap perkongsian ini dapat membuka mata peniaga lain untuk jujur dalam berniaga. Kalau roti john tu sedap dan isi banyak, lagi ramai orang datang.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Pening Kepala Pekena Butter Beer?
- SUMBER
- Twitter Pittsuda