Rumah Diserbu Disangka Bau Mayat, Rupanya Bau Belacan Bakar
Apabila tinggal di luar negara, memang susah nak cari restoran yang menawarkan masakan Melayu. Kalau dah tekak ‘Melayu’ memang wajib setiap kali ke luar negara akan membawa segala rempah ratus asli untuk dimasak dan paling penting sekali belacan.
Namun, tidak semua orang boleh menerima makanan negara kita lagi-lagi masyarakat negara luar. Baru-baru ini di Twitter, seorang pemuda berkongsikan cerita kelakar mengenai rakan isterinya yang yang teruja mendapat belacan ketika menetap di Perancis.
BACA: Cara Buat Sambal Belacan Paling Sedap & Tahan Lama
Gara-gara membakar belacan untuk membuat sambal belacan, rumah kawan isterinya itu diserbu polis selepas menerima aduan daripada jiran yang mendakwa terhidu bau mayat dari rumah tersebut.
Perkongsian pemuda itu mendapat perhatian netizen lain yang turut berkongsikan pengalaman sama membabitkan ‘belacan’. Ada seorang netizen memberitahu rakannya pernah dihalau keluar berikutan aduan jiran yang tidak sukakan bau belacan.
Rata-rata netizen terhibur dengan perkongsian tersebut. Tidak kurang juga, ada yang memberi cadangan beri mereka rasa sambal belacan tersebut jika rumah diserbu oleh polis selepas ini.
Apa pun, memang hebat betul bau belacan sampai rumah diserbu pihak polis. Tetapi kita tak boleh salahkan mereka yang buat aduan kerana tidak semua orang boleh terima makanan kita, sama juga seperti kita ada beberapa makanan mereka yang tidak boleh terima.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Datang Hameediyah Kota Damansara Memang Kena Beratur? 😱
- SUMBER
- Foto: Blog Daya