Rupanya Ini Rahsia Orang Korea Kekal Kurus & Langsing
Boleh dikatakan orang Korea memiliki bentuk badan langsing dan kurus walaupun usia sudah mencecah 40-an. Lihat saja selebriti di sana yang masih kekal langsing walaupun sudah bergelar ibu.
Mesti susah nak teka usia sebenar mereka jika melihat kebayakan mereka nampak muda-muda belaka walaupun sebenarnya sudah berusia.
BACA: Hati-Hati Beli Makanan Di Korea, Penjual Guna Logo Halal Palsu
Ini antara cara sempoi dan mudah orang Korea kekal langsing dan kurus. Memang susah nak jumpa orang berbadan gempal di sana!
1. Turun naik tangga subway
Berbeza di Malaysia, orang Korea lebih gemar menggunakan kenderaan awam iaitu subway (kereta api) untuk kemana saja. Bukan saja selesa, malah perjalanan lebih cepat. Dengan menaiki tangga Subway secara tidak langsung ianya memanaskan badan dan membakar lemak.
2. Gemar bersiar-siar di Sungai Han
Di Korea, Sungai Han antara lokasi popular untuk meluangkan masa bersama keluar dan beriadah. Sambil menikmati pemandangan indah, merekaa akan berjalan-jalan di sekitar Sungai Han. Aktiviti berjalan akan mengeluarkan peluh dan membakar lemak.
3. Makan nasi berlauk kimchi
Makanan Korea ni tak lengkap rasanya tanpa Kimchi. Mereka lebih suka menikmati nasi berlauk kimchi sahaja. Nasi Korea kurang karbohidrat dan kimchi adalah makanan anti kanser. Patutlah bandan wanita di sana cantik-cantik.
4. Sentiasa minum air kosong
Pasti ramai tahu tubuh memerlukan sekurang-kurangnya 8 gelas air kosong sehari. Bukan sahaja untuk mencantikkan kulit, malah air kosong sangat penting untuk penghadaman.
5. Mendaki bukit & gunung
Jika ada masa terluang, orang Korea lebih suka untuk melakukan aktviti mendaki bukit dan gunung bersama keluarga dan sahabat. Aktiviti ini juga membantu untuk mendapatkan kaki yang menarik.
6. Kerap ke Jjimjilbang/Sauna
Kalau tengok drama Korea pasti akan ada babak di sauna. Jjimjilbang menjadi tempat kegemaran untuk berehat, mandi wap dan mandi sauna. Aktiviti ini sekaligus dapat melupakan kesibukan secara tidak langsung menguruskan badan.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Restoran Tom Yam Paling Legend Di Ampang😱🔥
- SUMBER
- NylonPink