Rupanya Meatball IKEA Asal Dari Turki Bukan Sweden!
Kalau pergi ke gedung perabut IKEA, tak sah rasanya kalau tak pekena Swedish meatballs yang popular gila tu. Boleh dikatakan ramai yang datang ke sana untuk menikmati bebola daging tersebut dan bukan untuk beli barang IKEA.
Setiap kali beli hidangan bebola, selalunya ia akan dihidangkan bersama kentang putar dan jem raspberry. Tidak ketinggalan, pasti akan terpacak bendera negara Sweden di atasnya.
BACA: Giliran IKEA Perkenal Menu Rendang Ayam ‘Crispy’
Tapi siapa sangka sebenarnya resepi bebola daging itu bukanlah berasal dari Sweden, rupanya dari negara Turki.
Berita itu tersebar apabila satu akaun Twitter televisyen Turki memuat naik status mengenai bebola daging itu dengan mengatakan ianya bukan dari Sweden tetapi Turki.
Swedish meatballs sebenarnya berasal dari Turki
Kerajaan Sweden akui hidangan bebola daging dari Turki
Berikutan Tweet itu, kerajaan Sweden menjawab persoalan tersebut dan mengakui resepi bebola daging itu dibawa balik oleh King Charles XII dari Turki pada awal abad ke-18.
Rata-rata netizen meluahkan rasa tertipu kerana sangkakan selama ini mereka menikmati hidangan dari negara Sweden tapi rupanya makanan Turki.
Apa-apa pun, memang respect dengan kerajaan Sweden yang berani mengakui tentang asal usul makanan tersebut.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Lintas Jalan, Nasi Goncang Di Korea?
- SUMBER
- Lobak Merah