Rusuhan Kuil: “Muhammad Adib Bukan Dipukul, Malah..”
Baru-baru ini rakyat Malaysia digemparkan dengan kejadian rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman, USJ sehingga mengakibatkan seorang anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim cedera parah.
Sebelum ini, Muhammad Adib dikatakan duduk di bahagian penumpang hadapan unit EMRS ditarik keluar oleh kumpulan perusuh sebelum dipukul. Bagaimanapun, Badan Bertindak Kuil Sri Maha Mariamman menafikan perkara tersebut dan mendakwa anggota Bomba itu parah disebabkan kemalangan jalan raya.
BACA: “Kawan Pinjam Maggi Berkira, Kau Pinjam 30k Rusuh Tak Nak Bayar?”
Setiausaha Badan Bertindak Kuil, V K Regu mendakwa, kejadian dipercayai berlaku apabila jentera Bomba mengundurkan kenderaan dengan laju sebelum sekumpulan individu menjerit untuk memberitahu ada seseorang di belakang.
“Tindakan mereka mengetuk cermin adalah untuk memberitahu ada seseorang di belakang, namun jentera bomba berkenaan mengundur dengan laju.
“Dia (Muhammad Adib) bukan dipukul, malah kami yang berada di situ membantu mengeluarkannya,” katanya.
V K Regu berkata, pihaknya mempunyai bukti berhubung kejadian, namun tidak melaporkan kejadian tersebut kepada pihak polis.
“Kami sudah beritahu kepada kementerian, kami juga baru dapat tahu, setakat ini tidak membuat laporan kerana tidak ada kena mengena dengan pihak kuil.
“Mereka (kumpulan yang berkumpul) menunjukkan teladan yang baik kami bantu mereka, tapi kami yang diserang,” dakwanya.
Dalam perkembangan terbaru, Muhammad Adib kini dilaporkan stabil dan dipindahkan ke Institut Jantung Negara (IJN).
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Restoran Tom Yam Paling Legend Di Ampang😱🔥
- SUMBER
- Harian Metro