Saman RM300 Serta Merta Jika Langgar 6 Kesalahan Ini
Pengguna jalan raya yang melakukan enam kesalahan utama sepanjang Op Selamat 14 2019 sempena Tahun Baharu Cina ini akan dikenakan saman maksimum RM300 serta-merta.
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, saman mandatori itu akan mula dikuatkuasakan di seluruh negara pada 29 Januari hingga 12 Februari ini.
BACA: Keputusan Hapus Tol Akan Diketahui 3 Bulan Lagi
Enam kesalahan utama itu ialah memandu di lorong kecemasan, memotong di garis berkembar, menggunakan telefon bimbit semasa memandu, potong barisan, melanggar lampu isyarat dan memandu melebihi had laju.
Dalam pada itu, dua lorong kecemasan lebuh raya PLUS di negeri Perak akan dibuka sempena Op Selamat 14 ini iaitu laluan antara Simpang Pulai-Gopeng berdekatan Hentian Sebelah Simpang Pulai di antara kilometer(KM) 287 hingga 289.95 dan laluan dari Slim River menghala ke Sungkai di KM367. 3
Langkah itu dibuat bagi memastikan kelancaran jalan raya berikutan laluan berkenaan didapati antara yang mengalami kesesakan teruk setiap kali musim perayaan.
Selain itu, anggota polis juga akan ditempatkan di kedua-dua laluan itu bagi memastikan kelancaran jika berlaku kecemasan.
Ooops Cheese Terpancut Di Petaling Street? 😍
- SUMBER
- Astro Awani