Saman RM300 Tanpa Diskaun Untuk Kesalahan Trafik Musim Perayaan
Tinggal dua hari sahaja lagi umat Islam bakal mengambut Aidilfitri, rata-rata warga kota sudah berpusu-pusu pulang ke kampung halaman masing-masing. Diharap anda semua memandu dengan berhemah dan berhati-hati di jalan raya.
Baru dua hari Op Selamat sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri dilancarkan, sebanyak 35 kematian direkodkan dan 46,193 saman dikeluarkan.
BACA: Saman RM300 Serta Merta Jika Langgar 6 Kesalahan Ini
Menurut Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias, kebanyakan saman dikeluarkan melibatkan kesalahan memandu melebihi had laju.
Berikutan itu, saman RM300 tanpa diskuan akan dikenakan kepada pemandu yang didapati melakukan enam kesalahan utama sepanjang Op Selamat sempena Hari Raya bermula 29 Mei hingga 12 Jun depan.
Enam kesalahan itu adalah memandu di lorong kecemasan, memotong di garisan berkembar, menggunakan telefon bimbit, memotong barisan, memandu laju dan tidak mematuhi lampu isyarat.
Menurut beliau lagi, pihaknya juga menempatkan kamera perangkap had laju di beberapa lokasi strategik di semua lebuh raya di seluruh negara. Fokus utama adalah untuk mendidik supaya pemandu mematuhi peraturan jalan raya dan pihak polis bukannya ingin menghukum pemandu.
Ooops Cheese Terpancut Di Petaling Street? 😍
- SUMBER
- Utusan Online