Sambut Hari Jadi Ke-72, Bagi 1,000 Aiskrim Percuma
Selalunya bila tiba hari jadi, tuan badan yang akan dapat hadiah. Namun berbeza dengan seorang penjual aiskrim ini yang memberikan 1,000 aiskrim percuma kepada pelanggannya sempena hari jadinya yang ke-72 tahun.
Lebih dikenali sebagai Uncle Jimmy, lelaki itu mula menjual aiskrim di luar Bangunan ICA berhampiran Stesen MRT Lavender Singapura sejak 12 tahun lalu.
BACA: Bedal 54 Aiskrim Sekaligus, Buah Pinggang Bermasalah
Tapi ini bukan kali pertama Uncle Jimmy memberikan aiskrim percuma semasa hari lahirnya. Tahun ini merupakan tahun ketiga.
Apa yang pasti, peminat aiskrim Uncle Jimmy tidak melepaskan peluang dan sanggup beratur panjang untuk menikmati keenakan aiskrim tersebut.
Lebih mengejutkan, ada pelanggan yang sanggup datang untuk menunjukkan sokongan kepada Jimmy. Ada juga yang datang untuk memberikan hadiah kepada Jimmy.
Kata Jimmy, tujuannya untuk memberikan aiskrim percuma adalah untuk berkongsi kegembiraan bersama orang lain.
Di Malaysia tak ada lagi penjual aiskrim yang buat macam ni. Harap-harap lepas kisah Uncle Jimmy ni viral, ada la peniaga yang buat. Boleh merasa aiskrim percuma.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Apa Ada Dengan Wonder Cheese?
- SUMBER
- Mynewshub