Samyang Perkenal 4 Ramen Perisa Baru, Boleh Dapatkan Disini!
Sebut je jenama Samyang, perkara pertama yang akan berada di fikiran ialah mee ramen pedas mereka yang cukup popular. Baru-baru ini jenama tersebut memperkenalkan empat perisa baru yang sentiasa menjadi kegemaran ramai orang Korea.
Jika anda sukakan makanan Korea, anda perlu cuba mee ramen perisa baru ini. Apa yang menarik, dua perisa yang diperkenalkan itu adalah jenis sup iaitu perisa Kimchi dan Topokki. Manakala lagi dua adalah jenis kering iaitu perisa Bulgogi dan Jjajang.
BACA: Gila Ramen Pedas? Ini Mungkin Boleh Terjadi Pada Anda!
1. Kimchi
2. Topokki
3. Bulgogi
4. Jjajang
Mesti ramai nak tahu di mana boleh dapatkan mee ramen Samyang yang baru ini. Boleh dapatkan di pasaraya Village Grocer dan The Store berhampiran anda.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
VIDEO: Spicy Ramen Challenge: Bukan Pedas Sangat Pun!
- SUMBER
- World of buzz