Sanggup Kayuh Basikal 5 Hari Demi Beraya Dengan Ibu
Walaupun hanya berbekalkan Rp150,00 (RM48.22) pemberian nenek, sekumpulan tiga beradik sanggup pulang ke rumah ibunya dengan mengayuh basikal selama lima hari di Sumatera Selatan, Indonesia demi mahu menyambut hari raya bersama ibu tersayang.
BACA: Kajian: Plastik Nasi Himpit Penyebab Kanser
Octa, 15 tahun, beserta dua adiknya iaitu Rizal, 13 tahun dan Aslam, 10 tahun menaiki basikal untuk pulang ke Tangerang kerana mereka tidak mempunyai duit yang cukup untuk pulang berhari raya bersama ibu mereka.
Octa nekad mahu pulang berhari raya setelah sebulan menetap bersama nenek kerana mereka amat merindui ibunya. Berikutan itu, nenek mereka membekalkan sedikit wang berjumlah Rp150,00 untuk digunakan sepanjang perjalanan pulang ke rumah.
Namun, wang yang mereka miliki tidak cukup untuk menaiki pengangkutan awam lalu mereka mengambil keputusan untuk mengayuh basikal hingga sampai ke Tangerang.
Setelah kisah tiga beradik ini tersebar meluas di laman sosial negara itu, pihak ASDP Indonesia, Ferry membuat keputusan untuk menghantar mereka dari Pelabuhan Merak, Banten ke Cileduk, Tangerang bagi memastikan adik-beradik ini dapat beraya bersama ibu mereka.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Dah Azan Baru Nak Sahur?
- SUMBER
- SINAR HARIAN