Sanggup Makan Sisa Ayam Demi Alas Perut
Sayu hati melihat kanak-kanak berkeliaran mencari makanan tanpa diawasi oleh orang dewasa terutama ibu bapa mereka. Semakin hari semakin ramai kanak-kanak dilihat mencari makanan di tempat awam, malah ada yang sanggup makan sisa makanan kerana terlalu lapar.
BACA: Makcik Jual Rebung Buat Mufti Perlis Tersentuh
Seorang pengguna laman sosial Facebook, Ja Sazni berkongsi status di akaun laman sosial miliknya itu mengenai situasi yang dihadapinya dua hari lepas.
Dia menceritakan bahawa dia menjumpai sekumpulan remaja kira-kira enam orang remaja lelaki ketika makan di McDonald’s KL Sentral, Kuala Lumpur.
Pada mulanya, dia hanya melihat dua orang remaja berpakaian agak lusuh sedang tercari-cari sesuatu di setiap meja di McDonald’s berkenaan.
“Bila ada makanan yang tidak habis, mereka berbisik “serbu, serbu”. Lepas itu, muka kecewa sebab yang sisa hanyalah air dan sos,” ujarnya.
Ja Sazni tiada selera untuk makan kerana ayam goreng dibelinya kelihatan pedas terus memberikan makanannya kepada mereka.
“Bila mereka lalu sebelah meja saya, saya cuit bahu yang kecil itu,” tambahnya lagi. Dia bertanya kepada mereka jika mereka mahu makan atau tidak. Remaja berdua itu menjawab mereka lapar dan mahu makan.
Dia terus menghulur dulang berisi makanannya yang tidak berusik dari tadi kepada mereka. Selepas itu, datang lagi beberapa orang rakan mereka yang berebut makanan diberinya tadi.
Perkara sebegini tidak seharusnya berlaku kepada remaja kerana mereka memerlukan nutrien dan khasiat untuk membesar.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Apa Yang Best Di Sungai Petani?
- SUMBER
- MSTAR