Sanggup Terbang 9,600km Ke KL Semata-Mata Nak Makan Nasi Lemak
Sebut saja nasi lemak sememangnya hidangan ini sangat sinonim dengan rakyat Malaysia. Lagi sedap kalau dapat nikmati nasi lemak bersama teh tarik, memang terangkat di buatnya.
Jika dahulu, hidangan nasi lemak hanya boleh didapati di waktu pagi sahaja, tetapi sekarang sudah banyak restoran menyajikan nasi lemak sehingga ke tengah malam.
BACA: Ramai Rindukan Nasi Lemak Jati, Tertanya-Tanya Kehilangan Pakcik Ini
Evidence Malaysian nasi lemak is superior than Singapore's version of it.
Malaysian nasi lemak is worth 6-hour stopover in Singapore. pic.twitter.com/mr7Od5EQOF
— Display Rocks Pte. Ltd. (@azmanrocks) November 7, 2019
Jangan terkejut jika ada yang sanggup ke Malaysia untuk menikmati hidangan lemak. Seperti seorang YouTuber, Darren Cronian ini sanggup terbang dari Athens ke Kuala Lumpur semata-mata untuk makan nasi lemak.
Menurut Darren dia mula jatuh cinta dengan rasa nasi lemak ketika pertama kali mencubanya lima tahun lalu ketika bercuti ke Malaysia.
Selain makanan, Darren berkata dia sukakan kepelbagaian budaya Malaysia, dan sikap ramah masyarakat yang membuatkan dia merasakan seperti di rumah.
Darren yang kini berada di Malaysia memberitahu akan berada di Kuala Lumpur selama 4 minggu sebelum akan ke Pulau Pinang, Sibu dan Kuala Terengganu selepas ini.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram