Sate Ayam 30 Sen Masih Wujud
Bukan mudah untuk mengekalkan harga makanan murah di zaman yang serba mahal ini. Tetapi percaya atau tidak masih wujud lagi sate ayam berharga 30 sen, berbeza dengan tempat lain dimana harga sate yang dijual mencecah RM1.
Menurut peniaga sate Viral, Norliza Ali, 40, dia masih mengekalkan harga murah tersebut daripada warisan perniagaan bapanya sejak 1960 di Kampung Seberang, Jitra.
BACA: Nasi Lemak 50 Sen Masih Wujud?
Mengambil alih perniagaan seawal usia 17 tahun selepas ibu bapanya meninggal dunia, Norliza menaikkan sedikit harga sate ayam yang sebelum ini berharga 25 sen secucuk. Manakala, sate daging pula kini 50 sen secucuk.
Menurut Norliza, saiz sate yang dijual juga masih sama seperti dahulu dan dia tidak berani untuk mengecilkan saiz sate. Kata Norliza, harga sate yang dijual olehnya itu tidak merugikan, malah dia berpuas hati kerana sate jualannya kini semakin dikenali.
“Saya masih kekalkan harga sate 30 sen secucuk walaupun harganya tidak sesuai dengan keadaan ekonomi sekarang.
“Saiz sate pun saya masih kekalkan seperti dulu, tidak berani hendak kecilkan lagi kerana pelanggan di sini biasa makan sate saya,” katanya seperti dipetik daripada Harian Metro.
Katanya, disebabkan terlalu banyak tempahan menyebabkannya menghadkan hingga 2,000 cucuk sehari saja berbanding sebelum ini kerana bimbang tempahan terlalu banyak.
“Sepanjang musim cuti sekolah ini saya menambah 1,000 cucuk setiap hari menjadikan 3,000 cucuk untuk memenuhi permintaan pelanggan.
Walaupun masih mengekalkan harga murah, Norliza memberitahu masih menggunakan resipi asal dengan perapan yang cukup supaya rasanya masih seperti dulu.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Datang Hameediyah Kota Damansara Memang Kena Beratur? 😱
- SUMBER
- Harian Metro