Sebiji Durian Di Indonesia Berharga RM4,000
Rakyat Malaysia dan buah durian sememangnya tidak dapat dipisahkan. Siapa yang tak sukakan dengan rasa durian yang manis dan berlemak.
Jika di Malaysia, durian spesis ‘Musang King’ dikatakan paling mahal. Walaupun harganya mahal sehingga boleh mencecah RM80 sekilogram, namun ramai yang sanggup membelinya kerana rasanya yang sangat sedap dan mempunyai tekstur yang lembut.
BACA: Musang King Cecah RM300 Sekilogram!
Tetapi jangan terkejut jika ‘Musang Kin’ bukan lagi durian termahal kerana di negara seberang Indonesia sejenis durian diberi nama ‘J-Queen’ merupakan durian termahal dijual dengan hagar RM4,000 sebiji.
Menurut laporan Tribun News, durian tersebut dijual dengan harga Rp14 juta sebiji bersamaan RM4,000 di Plaza Asia, Tasikmalaya.
Menurut laporan lagi, pada hari pertama durian tersebut dipasarkan, hanya 2 daripada 4 biji buah durian sahaja yang dipaparkan kepada umum dan buah tersebut habis dijual pada hari yang sama.
Durian ‘J-Queen’ dikatakan mempunyai isi buah berwarna emas, mencapai keseimbangan sempurna dengan rasanya begitu manis. Selain itu, 95 peratus durian ‘J-Queen’ tidak mempunyai biji.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Restoran Tom Yam Paling Legend Di Ampang😱🔥
- SUMBER
- Free Malaysian Today