Selalu Menyusahkan Hidup, Anak Jual Ibu Dengan Harga RM3
Makin menjadi-jadi, apabila baru-baru ini tular mengenai seorang anak tergamak menjual ibunya yang sudah berusia dan mempunyai penyakit secara online dengan harga RM3.
Difahamkan kejadian itu dilaporkan berlaku di Jawa Timur, Indonesia. Malah, menerusi perkongsian jualan tersebut, anaknya turut melemparkan kata-kata kesat terhadap ibunya sehingga mencetuskan kemarahan orang ramai.
BACA: Budak Cuba Terjun Dari Tingkat 19, Gaduh Dengan Ibu Sebab Telefon
Menurut si anak yang dikenali sebagai Friska Meile itu, dia mahu menjual ibunya kerana sering menyusahkan hidupnya. Malah, turut membenci ibunya kerana sakit sehingga menyebabkan dia terpaksa mengeluarkan belanja banyak untuk menyara ibunya.
Lebih mengundang kemarahan apabila gadis itu turut menyakan ibunya dengan haiwan. Gadis itu turut mengatakan jika diberi pilihan dia tidak mahu dilahirkan oleh wanita itu.
Perkongsian gadis tersebut dikecam teruk oleh netizen dan gadis itu dilaporkan telah menutup akaun Facebooknya.
Bagaimanapun pihak polis daerah Blitar sedang berusaha mencari pemilik akaun Facebook itu dan kesahihan mengenai posting itu masih lagi disiasat.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
#ResepiRabu: Cara Mudah Masak Sambal Bilis Kicap Pedas
- SUMBER
- Tribunnews