Selalu Naik Kapal Terbang? Hati-Hati Dengan Sindiket Ini
Baru-baru ini, status yang dimuat oleh seorang pengguna Facebook, Faiz Mokhtar pengalamannya menaiki penerbangan untuk pulang ke Kuala Lumpur dari Ho Chi Minh mengejutkan netizen.
Menurut perkongsian tersebut, Faiz mendedahkan tanpa dia sedar beg komputer riba miliknya telah diambil oleh seorang penumpang. Rakannya yang berada dibelakang menyedari tentang kejadian tersebut dan memintanya untuk memeriksa sama ada adakah itu beg miliknya.
BACA: Ini Koleksi Gambar Pekerja AirAsia Cium Bagasi
Faiz mendapati begnya sudah tiada di tempat simpanan dan terus ke tempat duduk lelaki berkenaan dan mendapati lelaki tersebut sedang menggeledah beg berkenaan serta memegang sejumlah wang miliknya.
I was on the short flight MH0751 from Ho Chi Minh City flying back to KL on 15/8/18, a working trip with my four…
Posted by Faiz Mokhtar on Jumaat, 17 Ogos 2018
Menurut Faiz, apa yang paling dibimbangkan ialah terdapat beberapa dokumen penting seperti pasport dan lebih lebih membimbangkan jika lelaki itu meletakkan sesuatu atau objek yang tidak sepatutnya ke dalam beg tersebut.
Menurut krew penerbangan yang berada disitu, lelaki tersebut mungkin seorang dari ahli sindiket dari Hong Kong dipercayai hanya memiliki tiket penerbangan sehala dan hanya bergantung kepada pendapatan hasil mengemis dan mencuri di Malaysia. Kes tersebut telah dikenal pasti berlaku dalam beberapa laluan penerbangan di China, Hong Kong dan Vietnam.
Kata Faiz lagi, sindiket tersebut sangat licik dan berani kerana tiada rakaman CCTV di dalam kapal terbang ditambah dengan konflik undang-undang.
Bagaimanapun, Faiz menasihatkan penumpang untuk lebih berhati-hati atau mungkin boleh menambah ciri keselamatan pada bagai untuk mengelakkan perkara seperti itu berlaku lagi.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Pening Kepala Pekena Butter Beer?
- SUMBER