Selalu Tidur Berbantalkan Lengan, Tangan Terpaksa Dibedah
Jika anda mempunyai tabiat tidur berbantalkan lengan di atas meja, pasti anda tidak akan teruskan perkara tersebut selepas membaca perkongsian ini.
Di China, seorang wanita tidak menyangka tabiatnya tidur di meja berbantalkan lengan membawa padah apabila tangan kirinya terpaksa dibedah.
BACA: ‘Pocong’ Menangis Dihukum Tidur Di Kubur
Wanita tersebut dikenali sebagai Zhang, 28, merupakan seorang kerani sering tidur di mejanya ketika waktu rehat dengan berbantalkan lengan kirinya sehingga menyebabkan lengannya kebas.
Ketika kejadian, Zhang terjaga dari tidurnya dan berasa kebas di lengan kiri dalam tempoh masa yang agak lama sehingga dia tidak mampu menggunakan tangannya untuk mengambil barang.
Berikutan itu, Zhang terpaksa berjumpa dengan doktor dan perlu menjalani pembedahan untuk memulihkan lengan kirinya kerana terdapat tekanan pada saraf radialnya akibat tabiatnya itu.
Bukan itu saja, wanita itu juga baru mengetahui bahawa dengan merehatkan kepala di atas lengan boleh menyebabkan kerosakan teruk pada saraf radial, yang mengawal pergerakan pergelangan tangan dan jari.
Doktor juga memberi amaran menggunakan lengan sebagai bantal ketika tidur atau melelapkan mata seketika, dalm jangka waktu yang lama memberikan tekanan kepada mata, mengehadkan aliran darah ke otak malah mempengaruhi sistem pencernaan.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Set Siakap Stim Limau Paling Berbaloi Di Malaysia! 😱😱😱 (sampai 31 Januari 2019 saja)
- SUMBER
- siakapkeli