Selalu Tukar Kanta Lekap, Lelaki Tempatan Jadi Perhatian
Mempunyai rupa wajah yang kacak dan ketinggian tinggi lampai membuatkan jejaka yang berasal dari negeri Sabah kelihatan seorang model profesional dan menjadi tumpuan orang ramai apabila menyedari lelaki ini sering menukar warna kanta lekap yang dipakainya setiap hari.
BACA: Bawa Kereta Mewah, Peniaga Caj Mahal
Lahir di daerah Tawau, Wahyuddin Syed Yunus, 25, telah viral dan mendapat pelbagai respon daripada orang ramai apabila melihat gambar yang dimuat naiknya di laman sosial medianya seperti Facebook dan Instagram.
Ramai yang memuji kekacakan jejaka ini dan tidak kurang juga yang mempertikai tindakannya yang sering menukar warna kanta lekpa yang dipakainya.
Menurut Wahyuddin, dia memakai kanta lekap bukan kerana mengikut fesyen mahupun trend kerana matanya sememangnya rabun sejak daripada kecil.
“Saya mula memakai kanta lekap sejak kecil, masa darjah enam. Saya bukan suka-suka pakai, tetapi memang memerlukannya kerana rabun.
“Ada juga saya memakai cermin mata jika tidak mengenakan kanta lekap. Semua ada ‘power’,” ujarnya ketika ditemui Mstar Online.
Setakat ini Wahyu mempunyai hampir 20 warna yang berbeza untuk kanta lekap koleksinya.
Antara sebab lain Wahyu menampilkan perwatakan seperti itu kerana peniagaan kanta lekap dan penjagaan kulit yang dia dan ibunya bersama usahakan.
“Mata saya yang asli berwarna coklat gelap kehitaman dan dulu kanta lekap yang saya gunakan tiada warna. Sekarang bila jual kanta lekap, sudah tentu saya mahu berekspesi dengan macam-macam warna.
“Ingin saya perjelaskan bahawa semua kanta lekap yang dipakai terutama untuk jualan adalah warna-warna yang natural, bukannya pelik-pelik. Saya pun tak berani pakai dan orang pun tak akan beli,” beritahunya lagi.
VIDEO: “Serai Ni Letak Bila?”
- SUMBER
- Mstar