Selamat Tinggal, Restoran A&W Petaling Jaya
Sebelum ini, restoran A&W menjadi kegemaran orang ramai apabila ia menjadi restoran makanan segera pertama di Malaysia dibuka di Jalan Tuanku Abdul Rahman.
Malah, ia masih bertahan sehingga ke hari ini walaupun pelbagai restoran makanan segera lain banyak dibuka selepas itu.
BACA: Ini Punca Beberapa Cawangan Giant Ditutup
Walau bagaimanapun, sumber dari Majlis Bandaran Petaling Jaya (MBPJ) mengatakan restoran A&W Petaling Jaya bakal ditutup kerana kawasan itu telah diluluskan untuk pembangunan semasa mesyuarat jawatankuasa pusat sehenti (OSC) baru-baru ini.
Terdahulu, pemilik kawasan, KUB Malaysia Bhd telah merancang untuk membina dua menara pejabat tetapi tidak dipastikan lagi sama ada pembangunan itu akan menjadi komersil, pembangunan campur atau pangsapuri servis di atas tapak restoran drive-in pertama di Petaling Jaya itu.
ADUN Bukit Gasing, R. Rajiv mengesahkan bahawa pihak KUB telah mendapat kebenaran daripada MBPJ untuk membangunkan semula tapak itu serta rancangan pembangunannya juga telah diluluskan.
Ini bermaksud A&W Petaling Jaya boleh ditutup pada bila-bila masa sahaja untuk memberi laluan kepada pembangunan yang akan dijalankan di atas tapak kawasan restoran makanan segera itu.
Menurut Rajiv, pembangunan itu terdiri daripada satu blok bangunan iaitu menara pejabat setinggi 20 tingkat termasuk tempat letak kereta setinggi empat tingkat.
Sementara itu, pihak KUB tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai perkara ini dan mereka dijangka akan membuat pengumuman dalam masa terdekat.
Sebelum ia bakal ditutup buat selama-lamanya dan hanya menjadi kenangan, anda masih berpeluang untuk makan di A&W Petaling Jaya sementara ia masih beroperasi.
ARTIKEL BERKAITAN:
Tak Untung, Kedai Rakyat 1 Malaysia Tutup
4 Restoran Francais Dunia Di Malaysia Kini Ditutup
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
100k Subs, Giveaway 2.0 dan Pyan Beli Ferrari?
- SUMBER
- THE STAR ONLINE