Selamat Tinggal Vanila, IKEA Perkenal Aiskrim Soya
Boleh dikatakan ramai yang ke gedung perabot IKEA semata-mata untuk aiskrim vanila popular mereka. Betul tak? Tapi lepas anda baca berita ini, pasti ramai yang kecewa kerana tidak dapat lagi menikmati aiskrim vanila lembut tersebut.
Menerusi Facebook, IKEA Malaysia telah menggantikan aisrim vanila kegemaran ramai itu dengan aiskrim soya! Aiskrim terbaru itu 100% berasaskan tumbuhan, bebas tenusu, dan tanpa gluten. Ia pastinya berita baik buat mereka yang alah pada susu dan gluten.
BACA: Rupanya Meatball IKEA Asal Dari Turki Bukan Sweden!
Soya heard about our new ice-cream flavour yet?We've now swapped our vanilla soft-serve with 100% plant-based, dairy and gluten-free Soya ice-cream! All part of our plan towards a more sustainable environment, one Soya ice-cream at a time.
Posted by IKEA on Rabu, 1 Ogos 2018
Dalam pada itu, IKEA Malaysia menjelaskan bahawa langkah itu adalah sebahagian daripada inisiatif ke arah “persekitaran yang lebih baik”
Menurut satu kajian yang dijalankan oleh Ripple, pelepasan karbon susu tenusu empat kali lebih tinggi daripada susu bukan tenusu.
Sebelum ini, IKEA mengumumkan hasrat mereka untuk memperkenalkan ais krim berasaskan tumbuhan pada bulan Jun yang lalu.
Namun, rata-rata netizen tidak bersetuju dengan tindakan IKEA yang sepatutnya memperkenalkan aiskrim perisa baru dan bukannya menggantikan sehingga tiada lagi aiskrim vanila kegemaran ramai itu. Ada juga mengatakan, tidak semua orang boleh menikmati aiskrim soya dan sepatutnya mereka menjual dua perisa tersebut.
Walaubagaimanapun, ramai juga yang teruja untuk menikmati aiskrim perisa terbaru itu dan berterima kasih kepada IKEA kerana memperkenalkan aiskrim buat mereka yang alah pada susu.
Apa pendapat anda dengan pengenalan aiskrim baru ini? Tapi rasanya ramai juga yang ingin mencuba aiskrim soya tersebut.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Lintas Jalan, Nasi Goncang Di Korea?
- SUMBER
- Says.com