Selepas Kecoh Akan Henti Operasi, Utusan & Kosmo Habis Terjual!
Terdahulu kita dikejutkan dengan berita syarikat akhbar tertua negara iaitu Utusan Malaysia dan Kosmo akan menghentikan operasi susulan berdepan masalah kewangan.
Bagaimanapun, syarikat itu mengumumkan terbitan akhbar Utusan dan Kosmo akan diteruskan tetapi terpaksa menaikkan harga sebanyak 50sen untuk kedua-dua akbar berkuat kuasa Jumaat ini.
BACA: Utusan, Kosmo Akan Terus Beroperasi, Tapi Terpaksa Naik Harga
Susulan itu, hari ini Free Malaysia Today melaporkan jualan akbar Utusan dan Kosmo laris serta habis dijual. Malah, peniaga juga turut meluahkan rasa terkejut.
“Semalam ada yang tak terjual. Tetapi, hari ini semua naskah habis dijual,” kata Siti Nur Fatihah Kamaruddin yang bekerja di sebuah stesen minyak Petronas di Petaling Jaya.
Malah, kedai serbaneka stesen minyak itu juga sudah menambah pesanan akhbar Utusan sebanyak 15 naskah dan Kosmo sebanyak 20 naskah.
Seorang pekerja di di kedai serbaneka 7Eleven di Merchant Square juga memberitahu semua naskah Utusan dan Kosmo juga habis terjual sejak pagi lagi.
Utusan Malaysia mula diterbitkan pada tahun 1939 di Singapura sebagai Utusan Melayu dan ditulis dalam tulisan Jawi. Terima kasih rakyat Malaysia di atas sokongan anda!
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Kambing Golek & Satay Pilihan Hati
- SUMBER
- Free Malaysia Today