Baru saja diumumkan semalam, Mahkamah Rayuan 27 Jun lalu menolak permohonan pemilik minuman Tealive, Loob Holding Sdn Bhd, untuk mengekalkan perintah injunksi yang memihak kepada pemilik jenama Chatime, La Kaffa International Co Ltd.

Permohonan Loob itu, yang difailkan sehari selepas keputusan perintah injunksi sementara oleh Mahkamah Rayuan, ditolak atas alasan syarikat itu melanggar kontrak dan tuntutan undang-undang terhadap La Kaffa, berkaitan dengan halangan dagangan serta undang-undang francais Malaysia.

BACA: Minum Tanpa Was-Was, Chatime Dapat Sijil Halal

Image via Discover KL

Menurut laman Discover KL, mahkamah rayuan menolak permohonan Tealive untuk terus beroperasi dan perlu menutup cawangan mereka secepat mungkin.

Memetik laporan The Sun Daily, Tealive mempunyai 161 cawangan di seluruh Malaysia dan penutupan tersebut memberi kesan kepada 800 pekerja.

Jenama Tealive sangat sinonim dan menjadi pilihan rakyat Malaysia sejak 2 tahun lalu. Ia pastinya merupakan berita buruk buat peminat minuman bubble tea di luar sana.

ARTIKEL BERKAITAN:
Coca-Cola Bakal Perkenal Minuman Alkohol Tak Lama Lagi
Ketagih Minum Coke 40 Tin Sehari

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Sarapan Pagi Sate Daging Batang Pinang?