Semua Pasaraya Kuala Terengganu Diarah Tutup Hari Raya Pertama
Hari raya sepatutnya diraikan dengan gembira oleh semua umat Islam sebagai hari kemenangan selepas sebulan berpuasa. Tetapi tidak semua dapat merasai kegembiraan tersebut apabila terpaksa bekerja pada hari raya pertama.
Namun, ini pastinya berita gembira buat para pekerja di pasaraya-pasaraya daerah Kuala Terengganu kerana akhirnya dapat beraya bersama keluarga pada hari raya pertama.
BACA: Jambatan Angkat Terengganu Mula Dibuka 2 Jun, Boleh Singgah Raya Nanti!
Bermula tahun ini, kerajaan negeri melalui Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) telah mengeluarkan pekeliling mengarahkan semua pasaraya di daerah tersebut ditutup menjelang hari raya pertama bagi perayaan Aidilfitri dan Aidiladha.
Menurut Pengarah Jabatan Kesihatan Persekitaran MBKT, Che Wan Mohd Zulkifli Che Wan Jalil, pemilik pasaraya yang mengingkari peraturan tersebut akan dikenakan tindakan tegas termasuk membatalkan lesen.
“Sehubungan dengan itu pihak Majlis memohon kerjasama daripada pihak tuan atau puan untuk memastikan supaya sebarang aktiviti perniagaan pasaraya tidak beroperasi pada hari tersebut,” tegasnya.
Merujuk kepada Pekeliling Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Bil. SUK. TR. 572/344 Jilid 5 – (44) menegaskan semua pengusaha perniagaan pasaraya tidak dibenarkan menjalankan sebarang aktiviti perniagaan pada hari pertama, di kedua-dua hari raya berkenaan.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Restoran Tom Yam Paling Legend Di Ampang😱🔥
- SUMBER
- Teganukita