Senangnya Beli Piza Di Jepun, Hanya Guna Vending Machine
Ramai mengetahui, negara Jepun sememangnya cukup maju dari segi teknologi dan sering menghasilkan produk atau barangan yang memudahkan pengguna.
Terbaru, sebuah mesin layan diri di Hiroshima yang diberi nama Pizza Self membolehkan orang ramai membeli makanan segera kegemaran ramai itu pada bila-bila masa untuk 24 jam sehari.
BACA: Restoran Piza Robot Pertama Di Pakistan
Kalau tengah mengidam piza boleh terus dapatkan di mesin layan diri tersebut. Seperti biasa, ramai yang tertanya-tanya bagaimana dengan rasa pizza tersebut. Namun rata-rata pelanggan yang membeli dari mesin tersebut mengatakan rasanya sama seperti piza asli.
SoraNews24 melaporkan, mesin piza layan diri berwarna merah, putih dan hijau itu menawarkan piza ‘segar dari ketuhar’ dan ianya boleh didapati di hadapan kedai sewa video di selatan Pulau Honshu.
Buat masa ini terdapat dua jenis piza yang boleh dipesan dari mesin berkenaan iaitu perisa margherita berharga 980 yen (RM35.50) dan empat keping piza keju berharga 1280 yen (RM46.30).
Selepas pelanggan pelanggan membayar harga piza yang dipilih, mereka hanya perlu menunggu selama lima minit untuk piza siap dimasak. Piza tersebut dibekalkan di dalam kotak turut disertakan pisau pemotong dan beg plastik.
Walaupuan restoran piza terkenal iaitu Pizza Hut dan Dominos terletak beberapa meter dari lokasi terebut, namun ramai yang memilih untuk memesan piza dari mesin layan diri itu.
Agak-agak bila Malaysia nak ada mesin seperti ini. Harap tak terjadi kes vandalism dan boleh contohi seperti negara Jepun.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Orang Bunuh Diri? | Korea Part 03
- SUMBER
- CariForum