Selalunya bila ada orang senyum pada kita, pasti kita akan balas dengan senyuman. Tapi mungkin peniaga ini akan trauma untuk melemparkan senyuman pada pelanggan selepas detik hitam ini menimpa dirinya.

Memetik laporan portal China Press, seorang peniaga di Johor Bahru diserang menggunakan pisau dapur selepas dia senyum kepada seorang lelaki yang dipercayai baru keluar dari Hospital Permai.

BACA: Anak Mati, Organ Dalaman Hilang?

Menurut sumber, peniaga tersebut dikatakan memberikan senyuman kepada lelaki itu sewaktu suspek mendekati gerainya. Khabarnya, peniaga itu juga ada menyebut “haha” sebelum lelaki yang pernah menjadi pesakit mental di Hospital Permai, Johor Bahru itu secara tiba-tiba menyerangnya.

Sejurus selepas itu, lelaki itu secara tiba-tiba menjerit, “Kau pandang aku kenapa? Kau gelakkan aku ke?,” kata lelaki itu seblum menyerang peniaga tersebut.

Berikutan itu, peniaga dilaporkan mengalami kecederaan di muka, dahi dan tangan kiri. Saksi mendakwa, dagu peniaga itu hampir terbelah dua akibat dilibat pisau.

Orang ramai yang melihat pantas memberikan bantuan dengan membantu peniaga tersebut yang berada dalam keadaan berdarah-darah.

Suspek kini ditahan dibawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan atas kesalahan menyebabkan kecederaan menggunakan senjata auta alatan bahaya.

Laporan juga mendedahkan, suspek memberitahu dia bertindak sedemikian kerana dia diarahkan seseorang untuk menyerang peniaga itu.

Lepas ni mesti ramai yang semakin berhati-hati sebelum nak dengan orang yang tidak dikenali. Tak sangka dengan hanya berikan senyuman boleh jadi mimpi ngeri seperti ini.

ARTIKEL BERKAITAN:
Pengasas Satay Kajang Hj Samuri Meninggal Dunia
19 Pelajar UPNM Tak Mengaku Bunuh

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Unboxing iPhone X And Giveaway?