Serah Diri Pada Polis Sambil Bawa Donut
Biasanya kita pasti takut untuk menyerah diri kepada polis apabila menjadi buruan polis hingga wajah kita tular di laman sosial, tetapi lelaki ini sanggup untuk menyerah diri sambil membawa donat untuk pegawai polis di balai polis dengan beberapa syarat. Apakah syaratnya?
BACA: Polis Cantik Di Sukan Sea Jadi Perhatian
Lelaki buruan polis, Michael Zydel, 21 tahun, meletakkan syarat jika pihak polis Redford Township mahu dia menyerah diri di balai polis.
Dia yang berasal dari Michigan, Amerika Syarikat meletakkan syarat ingin pihak polis mendapat perkongsian lebih 1,000 di laman sosial Facebook mengenai kes dirinya yang dikehendaki polis.
Selain itu, dia juga akan mengutip sampah di setiap sekolah awam dan membawa sedozen donat ketika dia menyerah diri nanti.
Sebelum ini, Zydel ditahan atas kesalahan memandu di bawah pengaruh (DUI) dan melakukan serangan kemudian melanggar peraturan tempoh percubaan.
Apa yang mengejutkan, Zydel berjaya mengotakan janjinya! Dia menyerah diri sambil membawa donat selepas polis mendapat 4,000 perkongsian di laman sosial Facebook.
“Zaydel mengotakan janji. Dia datang sendiri dan bukan setakat donat, dia bawa bagel juga! Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang memberikan kerjasama dan reaksi positif tentang permintaan ini,” kata pihak polis.
Mungkin dia berasa tiada guna bersembunyi dan mengambil keputusan untuk menyerah diri. Walau apa pun sebabnya, ia adalah satu keputusan bijak dan menyelamatkan dia dari dikenakan tindakan yang lebih berat.
ARTIKEL BERKAITAN:
Alahai Comelnya Polis Peronda Ni
Berak Luar Kedai, Pemilik Dobi Lapor Polis
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Ini Rasa Sebenar Kerak Telur Di Jakarta | Day 03
- SUMBER
- MSTAR