“Serve No Pork Bukan Halal, Itu Untuk Kristian Yang Tak Makan Babi”
Sejak kebelakangan ini banyak diperkatakan mengenai isu halal makanan dan minuman. Dan boleh dikatakan ramai yang mengambil ringan mengenai isu ini.
Malah ramai yang masih makan di kedai makan meragukan dengan ‘Serve No Pork’. Tidak mahu ramai umat Islam menjadi mangsa, seorang pengguna Facebook, Allyssia Affandi yang juga seorang mualaf berkongsikan pengalamannya bekerja di restoran Cina.
BACA: Hati-Hati Beli Makanan Di Korea, Penjual Guna Logo Halal Palsu
Menurut Allyssia, memang benar menu makanan atau minuman ‘Serve No Pork’ itu tiada babi, tetapi adakah anda benar-benar yakin kuali dan minyak tidak digunakan untuk menggoreng dan masak babi.
Memang tiada babi, tapi yakin ke kuali tak guna untuk goreng babi?
Nasihat saya kepada yang beragama Islam sahaja yang suka makan di tempat yang tertulis “serve no pork” hati hati lah jangan ambik mudah. Betul, menu makanan dan minuman tiada babi, tetapi kamu yakin kuali dan minyak tidak digunakan untuk mengoreng dan masak babi?
Pengalaman saya sendiri bekerja di restoran cina sebelum masuk Islam, dia kata serve no pork tetapi sekali sekala dia goreng babi di minyak pengoreng chicken chop dan guna pisau yang sama potong daging babi yang siap di goreng untuk makanan sendiri.Ayam dan daging dah tentu tidak halal, dah bukan Islam yang sembelih
Rahsia mee cina sedap guna minyak babi
Lagi satu, jangan ingat ada staff bertudung terus kamu cop tu kedai halal. Pengalaman saya sendiri juga di sarikei dulu, tauke ambik pekerja Indonesia Islam bekerja di restoran. Hari pertama bekerja, staff Indonesia tu kata dia tidak makan babi dan haram bagi Islam, tapi tu tauke boleh gelak cakap ” u jangan makan babi lah, ada ayam” tapi kuali dan sudip di gunakan tempat goreng babi.
Kamu tahu, rahsia mee cina sedap kebanyakkan menggunakan minyak babi. Pastikan betul betul ada logo halal yang di sahkan oleh jakim baru masuk.
18 tahun makan babi, mestilah saya tahu
Kejadian ni saya sendiri pernah rasa beberapa tahun lepas. Tempat viral. Bawa suami dan anak anak makan ke sana. Orang cakap halal. Nasib saya punya oder sup Tom yam (serve no pork) dulu sampai di meja, sekali rasa sup babi bukan sup ikan asli. Saya terus bawa suami dan anak balik tapi tetap bayar biarpun tak makan.
Start dari tu saya tidak masuk dah kedai bukan Muslim kalau tiada logo halal.. Kenapa saya boleh tahu??Lapan belas tahun kot saya pernah makan babi takkan rasa minyak dan sup babi tu boleh hilang dalam ingatan dalam beberapa tahun saja saya masuk Islam.
Menurut wanita itu lagi, perkongsiannya itu bukan untuk menakutkan sesiapa tetapi untuk perkongsikan apa yang dia tahu. Katanya lagi, terpulang untuk percaya atau tidak kerana dia sudah sudah melaksanakan tugasnya mewar-warkan perkara tersebut.
Dalam pada itu, seorang pengguna Facebook memberikan komen menjelaskan maksud ‘Serve No Pork’. Menurutnya, itu adalah untuk memberitahu mereka yang beragama Kristian yang tidak makan makanan berunsur babi.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Restoran Tom Yam Paling Legend Di Ampang😱🔥
- SUMBER
- Facebook Allyssia Affandi