Walaupun sudah mengetahui merokok membahayakan kesihatan, tapi masih ramai diluar sana yang masih tidak ambil peduli kesannya pada tubuh badan. Tabiat merokok bukan saja beri kesan buruk malah ianya satu pembaziran.

Namun buat perokok, bukan mudah untuk menghentikan tabiat tersebut. Tempoh 20 tahun bergelar perokok bukanlah jangka masa pendek. Namun ianya tidak mustahil bagi lelaki bernama Mohd Firdaus ini yang berjaya menghentikan tabiat merokok.

BACA: Susah Berhenti Merokok, Doktor Ini Kongsikan Langkah Berkesan

Menurut Firdaus, dia merupakan bekas perokok tegar dari usia 15 tahun hingga 35 tahun. Kini sudah genap setahun dia bebas dari rokok dan sepanjang bergelar perokok tegar dia mengalami pelbagai masalah kesihatan.

Saya bekas perokok tegar 20 tahun

28 Sep 2017 – 28 Sep 2018

Alhamdulillah genap setahun dah stop smoking dgn izinNYA. Bersyukur sangat kerana menjadi insan terpilih mendapat hidayah dan diberikan kekuatan.

Saya bekas perokok tegar 20thn dari usia 15thn sehingga 35thn, bekas perokok tegar Dunhill Red, Winston Red & Marlboro menthol.

Ini yang saya dapat lepas setahun berhenti merokok

Setahun dah saya berhenti merokok apa yang saya dapat setahun ini?

KESIHATAN

– Saya dah tak batuk sehingga sesak nafas lagi.
– Saya dah tak demam tonsil lagi dan tak perlu dah operation tonsil.
– Saya rasa kehidupan seharian semakin rasa sihat dan rasa dada lapang je bila bernafas.

KEHIDUPAN

– Saya rasa semakin dekat dengan Maha Pencipta kerana rasa senang untuk beramal ibadah.
– Saya rasa doa senang diterima dan apa yang dihajati senang termabrur.
– Saya rasa lapang fikiran tanpa fikirkan nak merokok lepas makan atau nak kena mencari tempat nak merokok bila di shopping complex atau bila drive jalan jauh nak kena berhenti untuk merokok, bayak lebih masa untuk keluarga.

EKONOMI

– Pertama kali saya dapat bawa 1 family travel luar negara, biasa berdua dan selalu dapat pergi bercuti dgn keluarga.
– Pertama kali dapat merasa tidur hotel bilik berharga 1 malam Rm1000++ di Lexis Hibiscus PD.
– Pertama kali rasa nak beli apa-apa pon tak kesah dan berkira sgt sebab fikir dulu beli rokok lagi rugi banyak.

Sehingga hari ini kos perjimatan tak beli rokok yang saya untung :

-Sehari untung Rm17
-Sebulan untung Rm510
-Setahun untung Rm6,120

Niat berazam, berusaha & kentalkan jiwa untuk 2 minggu pertama

Bukan niat share ni untuk bangga diri tapi sekadar perkongsian untuk memberi semangat pada yang ingin berhenti merokok tu, berusahalah untuk berhenti. Pada yang belum nak berhenti tu fikir-fikirkan untuk berhenti merokok, sebab senaraikanlah sepuluh kebaikan merokok tak ada 1 pun kebaikannya yang boleh disenaraikan.

Good luck pada yang nak berhenti merokok. Kita kena berusaha mencari hidayah Allah. Hidayah itu milik Allah sesiapa sahaja yg dikehendakiNYA pasti akan dapat HidayahNYA. In Syaa Allah semoga dipermudahkan usaha kearah kebaikan. Niat berazam, berusaha dan kentalkan jiwa 2 minggu je kena kuatkan semangat tu.

Apa pun, diharap perkongsian oleh Firdaus ini boleh memberi inspirasi kepada perokok di luar sana untuk berhenti dari tabiat merokok.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Penangan CEndol Durian Di Gombak & Makan Percuma? 😱😱😱