Setahun Tak Makan Nasi, Gadis Ini Berjaya Turun Berat Badan 45 Kg
Tidak dinafikan untuk kuruskan badan bukanlah sesuatu yang mudah, ia memerlukan konsisten tinggi dan disiplin. Ada yang sanggup dengan mengambil pil kurus untuk jalan pintas tanpa tahu bahaya akan menimpa.
Di zaman teknologi serba canggih dan dihujung jari, ramai yang tidak lokek berkongsikan tips kuruskan badan di media sosial. Seperti gadis ini yang berjaya mengurangkan 45kg dalam masa setahun satu bulan.
BACA: Turun 12 Kg Dalam 79 Hari, Hanya Amalkan Diet Suku Suku Separuh
Menerusi perkongsian di Twitter, dengan engamalkan diet jenis atkins, gadis ini berkata dia tidak pernah mengambil nasi sejak Oktober tahun lalu, malah turut mengurangkan pengambilan gula dalam makanan dan minuman seharian.
Setiap kali waktu makan tengahari dia hanya akan mengambil lauk sahaja seperti ikan, ayam, sayur, tauhu, kentang dan tidak ketinggalan tempe yang juga merupakan sumber protein.
Jelasnya lagi, meskipun tidak mengambil nasi, dia akan memastikan pengambilan sumber zat yang mencukupi iaitu protein, karbohidrat dan fibre dalam setiap sajiannya.
Gadis itu berkata lagi, tiada masalah untuk makan nasi tetapi pastikan dalam porsi yang kecil dan hanya diambil sekali sehari sahaja. Ujarnya lagi, dia turut mengamalkan minum air bersama lemon setiap pagi dan malam sebelum tidur untuk membantu proses pencernaan.
Dalam pada itu, gadis itu turut mengingatkan supaya lakukan senaman. Jika malas sangat, gadis itu menyarankan supaya melakukan plank sekurang-kurangnya selama 5 minit sehari.
Katanya lagi, mustahil dalam masa setahun dia akan berdiet, sudah pasti akan ada cheat day. Tetapi pastikan cheat day anda tidak berlebih-lebihan dan kembali semula dengan proses diet.
Bagaimanapun gadis itu berkata lagi, setiap individu mungkin mempunyai cara diet yang berbeza adakalanya diet yang dilakukannya mungkin tidak sesuai untuk orang lain.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram