Bukan mudah untuk memberi makan kepada kucing tanpa bersepah lebih-lebih lagi jika anda membela banyak kucing.

Namun, lelaki ini memberi contoh jalan penyelesaian untuk memberi kucing-kucingnya makan menggunakan konsep ala Shellout dan nampaknya ia lebih teratur dan makanan tidak bersepah.

BACA: Kucing Duduk Dalam Bakul Sayur Cetus Kemarahan

Herman Misdi, 35 tahun, berasal dari Punggol, Singapura, berkata itu bukan pertama kali dia menggunakan konsep sebegitu untuk si comel kesayangannya.

Menurutnya, dia baru berkesempatan untuk berkongsi video cara dia memberi makan kepada 15 ekor kucing peliharaannya.

Malah, ada juga yang bertanya kepadanya mengenai resepi Shellout kucing itu kerana ramai yang menganggap ia adalah satu idea yang bagus dan ramai yang menyukainya.

“Resipinya saya campurkan ‘dry food’ (makanan kering), ‘wet food’ (makanan basah) dan ‘treats’ (snek kucing) sebelum hidangkan di atas plastik,” jelasnya.

Tambahnya, kucing-kucing peliharaannya siap melompat dan menyerbu tempat makan jika terbau makanan yang dihidangkan itu.

Selain itu, dia mengakui konsep ala Shellout untuk makanan kucing lebih sesuai kerana makanan tak bersepah dan mudah untuk mengemas selepas semua kucing habis makan berbanding memberi makan dalam mangkuk.

Siapa ada pelihara kucing lebih dari seekor boleh la cuba konsep seperti ini. Mesti comel lihat telatah kucing kesayangan anda makan dengan berselera.

ARTIKEL BERKAITAN:
Gelagat Kanak-Kanak ‘Sembelih’ Kucing Dengan Tenang
500 Kucing Nyaris Jadi Santapan Manusia

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Berbaloi Ke • EP1: Burger RM4.50 Vs Burger RM138