Shisha, Vape Tidak Termasuk Dalam Peraturan Larangan Merokok
Umum mengetahui, Kementerian Kesihatan akan melaksanakan larangan merokok di semua restoran dan premis makanan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2019. Larangan itu juga diharap dapat mengurangkan perbelanjaan kerajaan dalam kos rawatan pesakit yang berpunca daripada asap rokok.
Bagaimanapun, rokok elektronik (vape) dan shisha tidak termasuk dalam peraturan larangan merokok tersebut. Susulan itu, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan turut melarang penggunaan vape dan shisha di restoran terbuka seperti larangan merokok.
BACA: Kerajaan Tolak Cadangan Ruang Khas Merokok Di Restoran
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, pihaknya mengambil perhatian mengenai hal tersebut dan masih dalam peringkat perbincangan untuk menguatkuasakan peraturan melibatkan vape dan shisha dalam masa terdekat.
Ujarnya lagi, buat masa ini peraturan itu membabitkan produk berkaitan tembakau, tetapi untuk vape dan shisha kementerian akan ambil pendekatan mengikut peraturan dan undang-undang tetapi dalam kategori perundangan yang lain.
Pasti semua tahu bahawa kedua-dua bahan tersebut iaitu vape dan shisha mempunyai nikotin yang secara tidak langsung turut membahayakan perokok pasif sama seperti rokok.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Cheese Meleleh Atas Burger Hidang Depan Mata!! 😱😱😱
- SUMBER
- BH Online